fbpx

Suami kongsi foto isteri baharu, status Irma Hasmie jadi persoalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tutup buka lama, buka buku baharu, Redza berkata dia mahu fokus terhadap perancangan masa hadapan bersama suri hati yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

PETALING JAYA – Selepas berita perkahwinan tersebar, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer berkongsi foto majlis pernikahan bersama isteri baharu.

Tutup buka lama, buka buku baharu, Redza berkata dia mahu fokus terhadap perancangan masa hadapan bersama suri hati yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

“Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.

“Jazakumullahukahir untuk semua doa. Semoga Allah makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Kelihatan juga dua orang cahaya matanya bersama bekas pengacara program Assalamualaikum itu turut berada dalam majlis tersebut.

Menerusi hantaran berbeza, pegawai perhubungan awam (PRO) itu memaklumkan mahligai dibina mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Redza juga berkongsi gambar yang memaparkan momen pertunangan bersama Fiza.

“Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini. Ayuh lakukan ini dengan sempurna,” ujarnya lagi.

Menurut sumber terdekat, difahamkan Redza dan Irma sudah sah bercerai sekitar awal tahun ini.

Terdapat sumber memaklumkan Rezza dan Irma sudah bercerai sejak November tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kepastian Irma tentang status terkininya belum menemukan jawapan apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Terdahulu, media menerima dua kiriman foto pernikahan pasangan berkenaan daripada Instagram Story dipercayai kenalan rapat kepada pasangan tersebut.

Sebelum ini, pada Ogos 2023, pernah timbul dakwaan rumah tangga Irma dan Redza diambang kehancuran selepas jarang memuat naik foto bersama.

Pun begitu, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana enggan bercakap soal kisah peribadinya.

Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya dalam Instagram.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI