fbpx

Sokong Bella, Anna Jobling tak boleh tutup mulut Sarah Yasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA berrtegas dia bukan siapa-siapa yang layak untuk menasihati Sarah Yasmine dalam kemelut melibatkan Bella, Aliff dan Ruhainies.

CYBERJAYA – Merupakan kenalan kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Anna Jobling mengakui ramai memintanya menasihati Sarah Yasmine agar menghentikan pendedahan yang mencetuskan kontroversi panas sepanjang minggu ini.

Kata Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, dia tiada hak untuk menghalang tindakan wanita tersebut, namun mungkin akan melakukan perkara serupa andai berada dalam ‘kasut’ Sarah.

“Saya tiada hak nasihatkan dia apa-apa sebab saya rasa saya bukan pada kedudukan tepat untuk keluarkan sebarang pendapat berkenaan keputusannya.

“Lagipun itu media sosial dia, hak dia untuk cerita apa yang dia nak cerita. Semua ini terpulang kepadanya, cuma apa boleh saya katakan, ‘be safe’.

“Sebab kalau itu yang terbaik, mungkin saya juga akan berbuat perkara sama walaupun ada yang menasihatkan saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, pelakon Melur untuk Firdaus itu tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Bella dalam melalui situasi sukar ini.

“Saya memang sokong Bella dari dulu. Saya sayang Bella selain memang rapat dengannya, cuma disebabkan kesibukan kerja sukar untuk kami bertemu.

“Masa isu ini pertama kali keluar, saya ada mesej Bella dan kami berjumpa di sebuah acara, sempatla berbual dan bagi kata-kata semangat,” katanya.

Diminta mengulas lagi kontroversi membabitkan ramai selebriti ini, Anna menyifatkan sukar untuk memperkatakan sebarang kemungkinan, namun mengakui perjalanan ceritanya bagai drama dalam dunia realiti.

Menurutnya dia tiada masa untuk ambil tahu setiap perkembangan isu ini disebabkan terikat dengan jadual kerja yang padat.

“Saya rasa makin lama makin rumit drama ini, rasa macam tengok drama dalam kehidupan sebenar, saya pun tak tahu nak cakap apa.

“Sebenarnya bercuti dengan ibu saya sewaktu cerita ini mula tular dan saya balik saja terus ke set penggambaran.

“Minggu depan pula saya akan ke Indonesia. Jadual yang padat sampai hujung tahun buatkan saya susah nak fikir perkara lain,” tambahnya.

Pada Isnin lalu, Sarah yang mendedahkan menjalin hubungan istimewa dengan Aliff sejak awal Januari lalu diperkatakan ramai apabila mendakwa aktor terbabit bercinta dengan pelakon Ruhainies bersandarkan bukti mesej Whatsapp.

Kontroversi terus hangar apabila ramai lagi nama artis lain ‘dipetik’ ibu tunggal berusia 24 tahun itu termasuk pelakon Meerqeen yang sebelum itu rapat dengan Anna.

Pada masa sama, tular foto Sarah bersama Anna didakwa mereka berkawan baik sekali gus membuatkan netizen kurang senang aktres jelita itu rapat dengan individu terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI