fbpx

Pemuda dituduh bunuh pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uvarajan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori pada Februari lalu.

KULIM – Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori di hadapan premis cuci kereta dan kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, dekat sini pada 25 Februari lalu.

Tertuduh, R. Uvarajan, 29, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret, Jamaliah Abd Manap.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh M. Sharma Naidu, 28, dengan cara menetak mangsa menggunakan senjata tajam di bahagian muka, tangan dan badan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari di hadapan Lawin Car Wash dan kedai Northern Win CS Coffee Shop di Taman Damai, Padang Serai pada 25  Februari  lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam, Netaji Rayer.

Mahkamah menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI