fbpx

‘Korban rindu’ tinggalkan anak kecil untuk tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azim (kiri) dan Nurul Raihan ketika ditemui di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. - Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS / KOSMO!

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri bertekad untuk menunaikan haji pada usia muda walau pun terpaksa meninggalkan dua anak yang masih kecil berusia dua tahun dan tujuh bulan.

Menurut penganalisis data dari Bangi, Nurul Raihan Primuharsa Putra, 28, dia telah mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2008 dan setelah menunggu lebih 15 tahun panggilan mengerjakan ibadah tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Sepanjang 40 hari ke Tanah Suci saya akan meninggalkan stok atau bekalan keperluan untuk anak saya terutama anak yang berusia tujuh bulan.

“Memang berat hati untuk berjauhan dengan anak-anak, tetapi peluang menjadi tetamu Allah pada usia masih muda menjadi cita-cita setiap umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kursus Perdana Haji Musim 1445 Hijrah Peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Tabung Haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Nurul Raihan berkata, dia bersyukur kerana ibu bapanya akan menjaga kedua anaknya sepanjang dia dan suami, Mohd. Azam Fazli Abdul Hamid, 28, berada di Tanah Suci.

Sementara itu Mohd. Azam yang bekerja sebagai jurutera berkata, dia bersyukur dapat mengiringi isterinya sebagai mahram selepas membuat rayuan.

“Saya pun teruja untuk menunaikan ibadah haji pada usia muda. Walau pun terpaksa meninggalkan kedua anak demi ibadah yang menjadi impian umat Islam ini saya dan isteri nekad.

“Saya juga selalu mendengar pandangan umat Islam yang sudah mendapat haji yang mabrur untuk menunaikan haji pada usia muda kerana banyak tenaga diperlukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI