fbpx

‘Kalau penipu, selama-lamanya penipu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS isteri Hafidz Roshdi bersuara berikut kes Ruhaines dan Aliff Aziz.

ISU membabitkan Ruhainies dan Aliff Aziz baru-baru ini memang menjadi bualan satu Malaysia termasuk bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada.

Kata Shuhada, Tuhan tidak pernah menyuruh hamba-Nya melakukan perkara tidak baik, termasuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.

“Terbukti, sekali jadi penipu selamanya penipu. Kenapa pilih jalan ini? Sebab kita sebagai perempuan yang tak kacau hak orang nak hidup yang tak nak main agama. Nak reda Allah.

“Allah tak pernah suruh hancurkan rumah tangga orang, ingat itu! Jangan tunggang agama. Jangan mainkan agama Allah,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

Ibu tunggal anak dua itu turut menyentuh tentang pemilihan bakal suami yang boleh membimbing isteri dan keluarga ke jalan Allah.

Shuhada memang mudah terkesan dengan kes kemelut rumah tangga, memandangkan dia sendiri pernah ditumbuk bekas suaminya. Memang tragis, apa pun semoga Shuhada jumpa pengganti lebih baik kelak.

DIVA: Ramai selebriti tanah air terhibur dengan trend akronim Ruhainies dan Aliff sehingga dijadikan konten media sosial masing-masing, termasuk Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI