fbpx

‘Ini titik hitam, berbalah dalam media sosial bukan jalan terbaik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKAN berniat untuk mendiamkan diri, Ruhainies bertegas enggan mencetuskan lebih banyak perbalahan dengan pihak lain berhubung kemelut yang melanda dirinya.

PETALING JAYA – “Saya tidak boleh paksa Bella terima saya tetapi pihak sana maafkan, semua akan bahagia semula.”

Demikian respons pelakon sensasi Ruhainies saat hampir tenggelam punca berdepan kontroversi dan tuduhan sebagai penyondol rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz ketika ini.

Bukan berniat untuk mendiamkan diri, Ruhainies bertegas enggan mencetuskan lebih banyak perbalahan dengan pihak lain berhubung kemelut yang melanda dirinya.

“Saya memang tak mahu ada perbalahan dalam media sosial dan itu bukan jalan yang betul. Kalau ada masalah boleh berjumpa dan berbincang jika ada perkara tidak puas hati.

“Saya tak mahu jadikan alasan dan sekarang saya mahu berdamai dengan Bella apatah lagi mempunyai sengketa dengannya, termasuk sesiapa pun.

“Di sini, saya minta maaf secara terbuka dengan Bella dan bersedia untuk berjumpa dengannya bagi selesaikan masalah ini,” katanya dalam program hiburan hari ini.

Katanya, kontroversi yang berlaku ketika ini disifatkan sebagai titik hitam dalam hidupnya sehingga membuatkan dirinya trauma.

“Isu ini bukan kecil lagi, saya memang nak tampil bersuara sebelum ini tetapi tunggu masa yang sesuai.

“Isu ini terlalu panas dan tak mahu kenyataan yang saya keluarkan dimanipulasi.

“Ketika situasi itu berlaku, saya memang terkejut, trauma dan menjadi titik hitam dalam hidup saya serta tak akan dilupakan sampai bila-bila,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu pernah menghubungi Bella untuk menyelesaikan kemelut antara mereka tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu.

“Saya ada hubungi Bella tetapi dia tak dapat mesej itu. Kalau boleh tak mahu mendesak sebab saya faham situasi yang terjadi ketika ini.

“Apa sahaja bukti yang saya ada, saya tak akan muat naik dalam media sosial sebab memikirkan pihak lain yang mempunyai keluarga.

“Banyak hati perlu dijaga dan faham perasaan apabila diabkan,” katanya lagi.

Dikecam sebagai punca dan dalang sebenar kemelut tersebut berlaku, Ruhainies menegaskan semua yang dilakukan sebelum ini mempunyai alasan tersendiri.

“Bukan semua benda saya boleh jelaskan di sini. Cukup dengan semua khilaf yang saya buat, hanya orang terdekat dan terlibat sahaja yang tahu perkara sebenar.

“Saya juga manusia biasa dan ada perasaan marah dengan semua yang berlaku.

“Semua tindakan ini ada sebab tetapi semua itu kita boleh buang ke tepi.

“Saya nak lupakan semua sengketa yang ada dan tak perlu saya pertahankan lagi dan ambil kesalahan ini,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI