fbpx

F1: Haas intai khidmat Oliver Bearman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEARMAN mencuri perhatian ketika meraih kedudukan ketujuh pada GP Arab Saudi ketika menggantikan Sainz bersama Ferrari. - AFP

KANNAPOLIS – Pemandu Formula Dua (F2), Oliver Bearman berada dalam senarai teratas Haas sebagai calon untuk menggantikan khidmat pelumba mereka, Nico Hulkenberg yang akan menyertai pasukan Sauber musim 2025.

Menurut wartawan F1, Lawrence Barretto, beliau berpendapat bahawa Bearman merupakan calon terbaik untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan selepas mempamerkan aksi yang cemerlang di Grand Prix Arab Saudi lalu dengan menamatkan saingan pada tempat ketujuh ketika mengemudi jentera Ferrari.

“Haas tidak mengumumkan siapa yang akan menggantikan Hulkenberg untuk tahun 2025, tetapi sumber berkata Ollie Bearman adalah calon utama untuk mendapat tempat itu,” katanya.

Bearman telah menggantikan Carlos Sainz untuk GP Arab Saudi pada Mac lalu apabila pelumba itu terpaksa berehat akibat pembedahan apendiks.

Sebelum penampilannya di Arab Saudi, Bearman pernah menyatakan bahawa dia teruja untuk mendapatkan peluang dan bersedia untuk memandu dalam F1 serta akan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

“Ia sangat penting untuk bersedia apabila peluang datang, bahkan boleh datang lebih awal kerana saya adalah pelumba simpanan tahun ini. Segala-galanya boleh berlaku. Jadi, saya perlu bersedia pada setiap masa.

“Jadi, ujian dan pemanduan ini akan membantu saya kerana setiap kali saya memasuki kereta, saya menjadi laju dengan lebih cepat dan mendapat keyakinan dengan lebih cepat. Itu jelas tanda yang baik bahawa saya sedang belajar,” kata Bearman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI