fbpx

EPL: The Gunners ‘tembak’ Spurs, kekal pacu takhta liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bukayo Saka (kiri) meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Spurs pada aksi EPL sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Arsenal membuktikan status mereka selaku ‘raja’ London apabila menewaskan seteru tradisi, Tottenham Hotspur 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Leandro Trossard, Bukayo Saka dan Kai Havertz.

Pasukan pelawat tidak mempunyai masalah untuk mendahului apabila membuka jaringan gol menerusi ledakan sendiri pemain tengah Spurs, Pierre-Emile Hojberg seawal minit ke-15.

Jaringan tersebut menaikkan semangat Arsenal untuk terus melakukan serangan dan berjaya menggandakan kelebihan jaringan menerusi gerakan solo Saka pada minit ke-27.

Momentum Arsenal semakin cemerlang apabila meraih gol ketiga selepas Havertz menanduk masuk jaringan menerusi sepakan penjuru berselang 10 minit kemudian untuk mengakhir babak pertama dengan bergaya.

Bersambung pada babak kedua, Arsenal hampir menghadapi mimpi ngeri apabila Spurs berjaya bangkit merapatkan jurang gol menerusi penyudah Christian Romero selepas penjaga gol, David Raya melakukan kesilapan pada minit ke-64.

Arteta bertambah ‘pening kepala’ selepas Spurs dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan yang berjaya disempurnakan oleh Son Heung-min untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-87.

Spurs terus mengasak untuk meraih sekurang-kurangnya keputusan seri tetapi kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI