fbpx

5 maut puting beliung badai China, AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bangunan rosak dalam kejadian puting beliung di Guangzhou semalam. - AFP

BEIJING – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, manakala 33 lagi cedera dalam kejadian puting beliung yang melanda bandar Guangzhou dalam wilayah Guangdong semalam, demikian menurut media pemerintah seperti dilaporkan stesen penyiaran CNN.

Pihak berkuasa China berkata, 141 bangunan kilang rosak tetapi tiada kediaman yang runtuh, lapor agensi berita Xinhua. 

Katanya, menurut penilaian awal, kekuatan puting beliung dikategorikan berada pada tahap tiga, manakala lima adalah tahap terkuat.

Sebuah stesen cuaca di Kampung Liangtian yang terletak kira-kira 2.73 kilometer dari tempat puting beliung melanda, mencatatkan tiupan angin maksimum 20.6 meter sesaat, lapor Xinhua.

Sehingga pukul 10 malam (waktu tempatan), operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa puting beliung telah ditamatkan.

Puting beliung itu berlaku beberapa hari selepas hujan lebat melanda selatan China, mengakibatkan banjir dan mengancam nyawa berpuluh-puluh juta orang ketika anggota penyelamat bergegas untuk memindahkan penduduk yang terperangkap.

Dalam pada itu, puting beliung ganas turut melanda negeri Nebraska di Amerika Syarikat (AS) sehingga membawa kemusnahan. Namun sehingga kini, tiada kematian dicatatkan tetapi sejumlah orang mengalami kecederaan.

Ia memusnahkan sejumlah rumah dan menyebabkan 10,000 penduduk terputus bekalan elektrik di Omaha pada Jumaat lalu.

Bandar dengan populasi 485,000 orang itu adalah yang paling teruk dilanda puting beliung di Nebraska walaupun beberapa puting beliung dilaporkan merentasi negeri barat tengah AS. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI