fbpx

14 guru, pelajar dipanggil bantu siasatan kes pedofilia di MRSM Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Seramai 14 individu termasuk guru dan pelajar sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat dekat sini bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan guru berkenaan.

“Kita masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas guru tersebut kerana dia pernah belajar di situ. Mungkin ada satu sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.

“Kita akan teruskan siasatan dan mendapatkan pandangan daripada pihak doktor sebelum menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya. Setakat ini, siasatan berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada kedua-dua belah pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini malam tadi.

Muhamad Zaki (tiga dari kanan) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang malam tadi. – Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap murid lelaki.

Siasatan juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI