fbpx

Yakin Aliff Aziz boleh berubah, dia solat – Sarah Yasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKASIH Aliff Aziz, Sarah Yasmine percaya teman lelakinya akan berubah. - Foto IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – “Saya tahu dia akan berubah sebab saya nampak dia solat.

Demikian penjelasan kekasih kepada pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang mengakui ada ‘sesuatu’ yang mencetuskan keadaan mental tidak stabil terhadap lelaki tersebut.

Akui Sarah, perkara tersebut menguatkan semangatnya untuk terus mempertahankan penyanyi lagu Sayang Sayang itu agar tidak terus dipersalahkan.

“Dia okey, cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil.

“Saya juga bukan sejenis orang yang suka jatuh hukum lebih-lebih lagi apabila hanya dia seorang sahaja dipersalahkan dalam isu khalwat, baru-baru ini,” ujarnya Kosmo! Online hari ini.

Pada masa sama, Sarah tidak menafikan masih menyimpan perasaan sayang terhadap suami kepada pelakon Bella Astillah itu.

Kata wanita berusia 24 tahun itu, meski pelbagai episod pahit dilalui sepanjang beberapa bulan bercinta, perasaannya masih sama seperti dulu.

“Apabila bercakap melibatkan perasaan, memang ada lagi. Bukan satu hari cinta terus hilang.

“Jujur ada lagi, saya pun pernah beritahu Bella mengenai perasaan saya,” ujarnya dalam pertemuan eksklusif dengan media di sebuah lokasi di Sungai Besi.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan panas apabila wanita itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan mereka bercinta, selain aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella.

Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.

‘Drama’ semakin panas apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas aktor tersebut mengaku hanya mengenalinya sebagai peminat namun Sarah mengatakan hubungan mereka lebih daripada itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI