fbpx

[VIDEO] Ramai sebak, jemaah ‘istimewa’ jejak kaki ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar seorang Mutawwif yang membawa sekumpulan jemaah OKU ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Meskipun dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain, jemaah umrah daripada Persatuan Orang-Orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) mengecap pengalaman manis apabila berpeluang mengerjakan ibadah itu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh Andalusia HQ di TikTok, seorang mutawif membimbing dan membawa sekumpulan jemaah lelaki yang memakai pakaian ihram ke kawasan kaabah.

Menerusi kapsyen, syarikat itu memaklumkan pengalaman mengerjakan umrah kali ini memberi kenangan istimewa dan tidak akan dilupakan oleh mereka sampai bila-bila.

Kebanyakan jemaah istimewa itu dilihat sebak ketika mengaminkan doa yang dibaca oleh mutawif sebelum memulakan ibadah tawaf.

Orang ramai yang melihat video tersebut turut berasa sebak dan mendoakan mereka mendapat umrah yang mambrur.

“Hinanya aku, aku sempurna, mampu (ada duit) tapi masih belum sampai lagi kat Mekah,” kata Khairul Azman Mohamed.

“Semoga memperoleh umrah mabrur dan diterima segala amalan,” ujar Irfan Faris.

“Banyak kali saya tengok (tonton), berulang kali juga saya menangis,” kata Rafida Yunus.

Perkongsian video itu meraih 5.3 juta tontonan dan 811,600 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI