fbpx

‘Told you’, sekarang boleh nilai sendiri motif dia – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE memuat naik status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada Sarah Yasmine.

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memuat naik status berbaur perlian yang dipercayai ditujukan buat wanita bernama Sarah Yasmine.

Diam seribu bahasa biarpun satu demi satu pendedahan dilakukan wanita kelahiran Singapura terbabit, pelantun lagu Dem Girls hanya tertawa dengan semua itu.

“I told you (kan saya dah kata),” sindir Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, menerusi Instagram.

Caprice juga memuat naik satu lagi status umpamanya memberi gambaran motif pembongkaran Sarah yang semuanya mempunyai kepentingan sendiri.

“Boleh dah nilai sendiri motif,” coretnya seraya menyertakan emoji berbentuk ibu jari atau thumb up.

Tangkap layar status Instagam Story Caprice yang dipercayai ditujukan buat seseorang.

Terdahulu, Caprice sepatutnya menyelesaikan kemelut tercetus antara Bella Astillah, Aliff Aziz dan Ruhainies sebelum semuanya ‘dipatahkan’ dengan pendedahan berani mati Sarah.

Caprice mendakwa disabotaj seseorang sehingga jalan perdamaian yang diusahakan tidak dapat direalisasikan.

Sepatutnya empat-empat individu termasuk Aliff, Bella dan Sarah bersemuka di rumahnya beberapa hari lalu.

Namun, perjumpaan tersebut dibatalkan selepas individu Sarah mengubah pelan asal membuat pendedahan beberapa jam sebelum perdamaian terjadi.

“Dia (Sarah) yang minta bantuan tapi bila kita dapat semua pihak dalam tempoh 24 jam untuk berdamai di rumah saya (Khamis), tiba-tiba dia sendiri tukar rancangan pada saat akhir,” ujar Caprice. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI