fbpx

Sarah Yasmine nafi sekadar peminat Meerqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah menafikan hubungannya dengan Meerqeen sekadar artis dan peminat.

PETALING JAYA – “Awak tahu? Saya bukanlah peminat Meerqeen.”

Demikian penegasan kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang menafikan kenyataan pelakon Meerqeen mengenai status mereka hanya antara artis dengan peminat.

Sarah mendedahkan sebelum ini dia memang meminati aktor terbabit, namun selepas tahun 2022, hubungan bukan lagi sebagai seorang peminat.

Perkara itu juga yang menyebabkan persahabatannya bersama Anna Jobling terjalin.

“Pada 2019 dalam TikTok? Mungkin (peminat) kerana dia kacak tetapi selepas satu video dalam tahun sama, saya tidak pernah bercakap dengan dia sehingga Ogos 2022. Saya bukan lagi peminat.

“Tidak pernah sukakan dia hanya kerana dia ada perangai ‘kerana saya adalah Meerqeen’, jadi apa yang dia cakap dalam video tersebut (temu bual) sudah dijangka.

“Ada sebab kenapa saya dan Anna Jobling menjadi kawan walaupun persahabatan kami merupakan ‘low maintainance friendship’ (sederhana),” katanya sebagai tindak balas terhadap penjelasan Meerqeen, malam tadi.

Dalam masa sama, Sarah akui hubungan bersama pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu terjalin sekitar beberapa bulan terakhir 2023.

“‘Peminat’ okey, awak tak panggil saya peminat pun apabila awak cakap awak nakkan saya. Saya dan Meerqeen bersama dalam Ogos atau September tahun lalu.

“Saya tinggalkan tangkap layar di sini sebab saya dan Meerqeen sudah tidak ada apa-apa lagi. Cuma itulah, dia macam Sophia kan?

“Dia ada cari saya tetapi saya tidak layan. Saya kena jaga nama saya sekarang dan tidak bagi orang-orang seperti ini kelebihan untuk menambah buruk terhadap nama saya,” ujarnya lagi.

Dalam pendedahan terbaharu, Sarah juga menunjukkan satu ciapan dibuat seorang individu dalam platform X yang mendakwa pernah melihat dia dan Meerqeen mendaftar masuk ke sebuah hotel.

Susulan itu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktor itu yang hanya mendiamkan diri selepas ciapan tersebut tular.

Semalam, pelakon itu menegaskan hubungannya bersama Sarah tidak lebih sebagai seorang peminat sekali gus menepis khabar angin bahawa mereka pernah intim.

Sebelum ini, seorang pengguna laman aplikasi X mendakwa wanita asal Singapura itu juga mempunyai hubungan dengan Meerqeen.

Bagaimanapun, pengguna terbabit tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan mereka.

Minggu lalu, arena hiburan tempatan gempar apabila Sarah mendedahkan dirinya sebagai kekasih gelap suami kepada Bella Astillah sejak Januari 2024.

Dia memberanikan diri mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI