fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Sock Tao berdamai dengan BN, bergerak sebagai satu pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tau pada proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Calon Kerajaan Perpaduan mewakili Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menegaskan beliau kini akan bergerak dengan Barisan Nasional (BN) sebagai satu pasukan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming itu berkata, ia bagi memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh di peringkat persekutuan dan negeri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai video ucapannya yang mengkritik BN sebelum ini.

“Ucapan saya dibuat (dalam) Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2022. Masa itu memang kita (sedang) berlawan.

“Jadi saya tiada komen kerana arena politik dalam negara ini memang (sudah) menyaksikan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dan saya sekarang sebagai calon akan bergerak dalam satu pasukan,” katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.

Mengulas mengenai penglibatan MCA dalam PRK kali ini, Sock Tao berkata, beliau tidak ingin memaksa parti itu untuk membantunya berkempen.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan komitmennya untuk meneruskan usaha dan perancangan penyandang DUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong sekiranya diberikan peluang.

“Kebajikan anak muda dan golongan wanita amat dekat dengan hati saya jadi sudah tentu perancangan serta dasar-dasar baharu untuk memperkasakan dua kumpulan tersebut akan dimasukkan dalam manifesto saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, kerusi DUN Kuala Kubu Bharu diisytiharkan kosong susulan kematian Kee Hiong pada 20 Mac lalu selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 7 Mei manakala PRK DUN itu pada 11 Mei depan membabitkan 40,226 pemilih berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI