fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Pilihan raya untuk pujuk pengundi, bukan parti – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (dua kanan) ketika mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Sock Tao ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP tidak berhasarat untuk memujuk mana-mana parti yang menolak untuk turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerananya pilihan raya merupakan tentang rakyat dan tidak menjadi keperluan untuk mengambil hati mana-mana parti.

“Yang paling penting kita pujuk pengundi, bukan parti. Jadi yang mana datang membantu kita amat hargai dan tidak membantu itu kita tidak memaksa, tiada masalah.

“Saya tidak perlu gaduh dalam hal ini,” katanya selepas mengiringi calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, MCA kekal dengan pendirian untuk tidak membantu DAP sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu selepas parti mengumumkan akan mewakili PH.

Menteri Pengangkutan itu berkata, Kerajaan Perpaduan bertekad untuk mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu yang merupakan satu-satunya DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor dibawah PH.

“Kawasan ini sudah pasti kita nak meyakinkan kepada pengundi bahawa alangkah lebih baik wakil kerajaan kekal di DUN ini supaya memberikan pelbagai isu pembangunan di kawasan ini.

“Susah tentu ia untuk menstabilkan kedudukan dan juga memperkukuhkan kerajaan negeri. Rakyat Selangor pun tahu bahawa kerajaan negeri di bawah PH sebelum ini dan Kerajaan Perpaduan ketika ini sudah berjaya meningkatkan tahap sosioekonomi, pelaburan yang agak banyak hingga memberi banyak peluang pekerjaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI