fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon bebas muncul saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ke Xin muncul pada saat akhir di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, sebentar tadi.

HULU SELANGOR – Seorang calon bebas, Nyau Ke Xin muncul pada saat akhir di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pagi ini.

Ke Xin, 29, yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor tiba di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada 9.10 pagi tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI