fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Buat keputusan bertanding pukul 2 pagi demi selamatkan tanah air – Hafizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizah pada proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor hari ini. Foto SHIDDIEQQIN ZON/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat keputusan pada saat akhir untuk menghantar Hafizah Zainudin sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Hafizah berkata, keputusan itu dibuat oleh pimpinan tertinggi parti itu sekitar pukul 2 pagi bagi menyahut seruan pilihan raya berikutan masalah rakyat yang disifatkan semakin membimbangkan.

“Tujuan bertanding ini sebenarnya adalah untuk memastikan PRM tetap relevan selain ingin mengutarakan beberapa isu utama berkaitan ekonomi rakyat. Ini bukan soal menang atau kalah tetapi kita nak selamatkan tanah air kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Komplek Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.

Justeru, Hafizah yang berasal dari Kuang, Rawang, berkata, beliau berjanji untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah rakyat selain akan memperjuangkan pentadbiran yang lebih telus sekiranya diberi peluang.

“Kita mahu semua rakyat menerima maklumat dengan lebih jelas dan terbuka. Sebagi contoh, isu vaksin dan harga barang naik. Jadi, kami ingin betulkan apa yang tidak betul sekarang ini,” jelasnya.

Hafizah, 50, yang mempunyai perniagaan sendiri berkata, kempen pilihan rayanya kali ini tertumpu di Jalan Kampung Tun Razak di sini dan akan mengumumkan manifesto dalam masa terdekat.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan antara empat calon iaitu Hafizah yang akan berhadapan calon Kerajaan Perpaduan menerusi Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, Khairul Azhari Suat (Perikatan Nasional) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI