fbpx

Logika 5 selebriti tarik diri dari pentas mega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti yang tiba-tiba menarik diri dari pentas mega atas atas masuk akal,

KETIKA netizen tanahair lebih menumpukan perhatian terhadap hubungan ‘bersegi empat’ dalam pergolakan jiwa Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies dan Sarah Yasmine, muncul berita tidak menyenangkan daripada Naim Daniel.

Penyanyi lelaki itu mengumumkan menarik diri pada saat akhir dalam program baharu terbitan Astro berjudul The Hardest Singing Show.

Tindakan tersebut mengejutkan pihak produksi memandangkan penyanyi Sumpah itu telah pun terlibat dengan penggambaran poster dan montaj program berkenaan.

Sehingga kini Naim menunggu waktu tepat untuk tampil dengan kenyataan.

Seirimg keputusan Naim, minggu ini, HibGlam merangkumkan antara selebriti tempatan yang turut berhadapan situasi sama dalam program realiti atau anugerah berprestij.

DATUK JAMAL ABDILLAH

TAHUN, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bertindak mengundurkan diri daripada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Dia terpaksa menarik diri daripada bertanding di pentas AJL38 menerusi lagu Kucuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita kerana keterikatan komitmen lain

Selain terikat dengan komitmen, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu juga mempunyai beberapa sebab lain yang lebih besar tetapi tidak mahu didedahkan kepada umum.

Dalam masa sama, bintang filem Azura itu mengakui sedikit ralat kerana tidak dapat berada di pentas AJL38 sekali lagi bersama Wanny.

AZIZ HARUN

SELEPAS beraksi di pentas Konsert Big Stage 2019 selama tiga minggu, peserta dari Brunei Aziz Harun menarik diri secara rasmi.

Keputusan dibuat selepas berbincang dengan pihak produksi kerana dia ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.

Sebelum Aziz umum menarik diri, peserta Indonesia iaitu Dinda Permata pada awalnya tersingkir selepas hasil undian juri dan online,

Bagaimanapun, mengambil maklum kekosongan yang ditinggalkan Aziz, produksi bersetuju menyelamatkan semula Dinda untuk mara ke minggu seterusnya.

UMIE AIDA

BINTANG filem Embun, Datin Seri Umie Aida bertindak menarik diri pada saat akhir daripada pertandingan realiti hiburan spontan, All Stars Buka Panggung pada 2019.

Alasan utama Umie berbuat demikian kerana berhadapan masalah membabitkan jadual karier seninya.

Ketiadaan Umie pada episod pertama digantikan dengan penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim yang diletakkan bersama pelakon Datuk
Aaron Aziz, Liyana Jasmay dan Naim Daniel.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

KEPUTUSAN penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza secara suka rela menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular 2010 ketika karier seninya di puncak populariti sebenarnya satu kejutan buat semua.

Biarpun penganjur berasa berat hati dengan keputusan tersebut, Siti tetap teguh dengan pendirian pengunduran diri daripada pengiktirafan berasaskan undian dan populariti di mata peminat itu.

REMY ISHAK

BERASAKAN kurang penglibatan dalam naskhah drama dan filem sekitar tahun lalu, pelakon Remy Ishak mengambil keputusan menarik diri daripada senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular ke-34.

Pemilik nama lengkap Mohammad Zalimei Ishak, berkata, ketiadaan namanya dalam senarai pencalonan akan membuka peluang lebih luas terbuka kepada selebriti lebih layak bertanding berbanding dirinya. Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu juga memaklumkan hasratnya penarikan dirinya kepada penganjur dengan cara terhormat agar tiada pihak berasa terkilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI