fbpx

Kenal Sarah, dia sangat baik dengan kami semua – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anna mengakui kenal dengan wanita bernama Sarah Yasmine.

CYBERJAYA – Dikaitkan sebagai teman rapat kekasih gelap Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling mengaku menjadi kenalan Sarah Yasmine selepas bertemu di sebuah festival jualan di Singapura pada Disember tahun lalu.

Ujar Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, dia terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja selain menyifatkan wanita terbabit sebagai wanita yang baik.

“Saya memang kenalan dia, kami berjumpa pertama dan terakhir dalam satu acara di Singapura sekitar Disember 2023.

“Dia datang ke gerai jualan saya selama tiga hari dan meluangkan masa bersama pasukan saya, dia sangat baik dengan kami semua.

“Peminat tahu saya macam mana, kalau orang itu tiada masalah dengan saya, saya terbuka berkawan, saya jenis ramah sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengenai kecaman dilemparkan netizen, ulas pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu, perkara tersebut tidak menjadi hal kerana sudah biasa berhadapan situasi sedemikian.

“Saya tak terkejut sebab sudah biasa terpalit tempias isu yang tiada kena mengena dengan diri saya. Itu perkara normal,” ujarnya
ketika ditemui pada acara Gema Lebaran Anna Jobling, malam tadi.

Pada masa sama, Anna juga maklum dengan pendedahan Sarah berkaitan pelakon Ruhainies bersama Aliff Aziz dalam media sosial disebabkan komitmen kerja.

Katanya, kesibukan memenuhi jadual tugasan yang padat membuatkannya tiada masa untuk masuk campur berkenaan isu hangat membabitkan rakan artis.

“Mengenai pendedahan yang dilakukan Sarah, saya memang tak tahu langsung sebab kami tak pernah kongsi apa-apa hal peribadi selain tidak bertemunya selepas itu.

“Lagipun saya sibuk dengan kerja saya, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu yang hangat diperkatakan ramai.

“Tiada keperluan pun saya tanya pasal isu peribadi pada dia. Saya okey sahaja sebab kecaman tidak mengganggu kerja saya,” katanya.

Pada Isnin, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak Januari tahun ini.

Kata Sarah, dia mendedahkan hubungan mereka selepas kasihan melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada Mac lalu.

Pada masa sama, selepas itu tular foto wanita berusia 24 tahun itu dengan Anna didakwa mereka berkawan baik sehingga netizen kurang senang disebabkan Sarah mengaku kekasih kepada suami Bella Astillah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI