fbpx

Kasihan Aliff kena kecam sendiri, Ruhainies terlepas – Sarah Yasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah Yasmine berkata, dia hanya ingin memberi keadilan buat rakan senegara, Aliff Aziz yang menjalin cinta dengannya. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine, 24, menangkis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dia mengatur komplot dengan Bella Astillah untuk menjatuhkan skandal-skandal pelakon itu.

Kata wanita asal Singapura itu, kedatangan ke Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu tidak diketahui isteri Aliff apatah lagi memperincikan butiran pendedahan yang mahu dilakukan.

“Macam saya jelaskan, pendedahan demi pendedahan yang saya lakukan adalah disebabkan tak sanggup tengok hanya Aliff dikecam netizen sejak dia dan Ruhainies ditangkap khalwat.

“Bella juga tidak mengetahui kehadiran saya sehinggalah saya menghubunginya dan kami kemudian berjumpa beberapa kali sebelum saya membuat pendedahan itu.

“Tapi ini memang niat saya untuk dedahkan semua, Bella pula tak tahu apa-apa. Saya kasihan pada Aliff yang kena kecam sendiri dan Ruhainies terlepas,” katanya kepada Kosmo! Online dalam satu pertemuan eksklusif sebentar tadi.

Ujar ibu tunggal dua anak itu, Aliff sebenarnya masih tidak memahami tujuan pendedahan dilakukan adalah semata-mata mahu melindunginya dari terus dipersalahkan masyarakat serta dipergunakan Ruhainies.

 

SARAH enggan melihat Aliff (gambar) terus hanyut dan bersedia memberi peluang kepada pelakon Singapura itu untuk berubah. – MEDIA MULIA

Sebagai orang yang mengenalinya sekian lama, dia kena tampil membantu walaupun sedar bakal berdepan kecaman kerana turut mendedahkan aib menjadi penyondol.

“Ketika itu saya sangka Bella sudah mempunyai teman lelaki seperti diperkatakan Aliff, jadi saya teruskan sahaja hubungan dengan Aliff tanpa sebarang masalah.

“Malah Bella juga tidak menyatakan nama saya dalam senarai 11 wanita yang didakwa menjadi pengganggu rumah tangga mereka.

“Jadi sebelum saya dedahkan hal sebenar, saya hubungi Bella dulu,” katanya ketika ditemui di sebuah lokasi di Sungai Besi, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kecaman diraih selepas mengheret beberapa selebriti lain termasuk pelakon, Sophia Albarakbah yang didakwa masih berhubungan dengan Aliff, dia tidak gentar.

Ujarnya, dia hanya berpegang kepada kebenaran selain yakin Aliff, keluarganya serta netizen akan memahami tujuan asal berbuat demikian.

“Ada juga yang melemparkan kecaman menerusi mesej langsung (DM), tetapi saya tak takut tapi saya tahu salah faham akan berakhir,” ujarnya.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan panas apabila wanita berusia 24 tahun itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan mereka bercinta selain aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella.

Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.

‘Drama’ semakin panas apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas aktor tersebut mengaku hanya mengenalinya sebagai peminat namun Sarah mengatakan hubungan mereka lebih daripada itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI