SEREMBAN – Niat seorang warga emas untuk menjala ikan terbantut apabila terlihat mayat lelaki terapung di Sungai Linggi, berhampiran Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mayat yang belum diketahui identiti itu ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari.
“Saksi nampak biawak atas mayat itu lalu buat laporan polis. Pihak polis dapati mayat berkenaan sudah mereput serta berbau dan dipercayai sudah meninggal dunia tiga hingga empat hari lalu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Ujar Mohamad Hatta, terdapat lukisan tatu di kedua-dua belah tangan si mati serta memakai seluar jeans ketika ditemui. – KOSMO! ONLINE