fbpx

Gunung berapi muntahkan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Erebus ialah gunung berapi paling aktif di selatan di Bumi, ia ditemui dan dinamakan oleh Kapten James Clark Ross pada Januari 1841. - GETTY IMAGES

PULAU ROSS, ANTARTIKA – Sebuah gunung berapi di Benua Antartika memuntahkan ketulan-ketulan emas kecil bernilai sekitar AS$6,000 (RM28,656) setiap hari, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Gunung Erebus merupakan gunung berapi paling aktif di Antartika yang terletak di antara dua lapisan glasier.

Gunung popular dalam kalangan pendaki dan pelancong itu memiliki ketinggian 3,794 meter.

Kira-kira 80 gram emas dimuntahkan setiap hari melalui letusan gelembung gas, manakala emas dikesan sehingga sekitar 900 kilometer dari gunung berapi itu, demikian menurut penyelidik-penyelidik Antartika.

Erebus adalah salah satu daripada tiga gunung berapi yang membentuk Pulau Ross.

Difahamkan, gunung berapi itu pernah meletus pada tahun 1841 semasa pelayaran Kapten James Clask Ross yang melakukan tinjauan magnet di Artik dan Antartika. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI