fbpx

[VIDEO] Gigil tubuh diekori warga asing dalam tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan warga asing mengekori seorang lelaki di Transit Aliran Ringan (LRT).

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa diekori warga asing sewaktu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hingga ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang.

Menerusi perkongsian video oleh Kuya Allan di laman X, warga asing itu cuba merapati dan memandang ke arahnya sehingga mengundang rasa tidak selesa.

“Menggigil saya, kali ini dia (warga asing) makin dekat. Saya lari ke sebelah. Masa ini saya sudah kena serangan anxiety (kebimbangan),” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian mengekorinya keluar dari pengangkutan awam tersebut dan mula beredar selepas dia berjumpa dengan anggota polis bantuan di stesen berikutnya.

Mengulas lanjut, Kuya memberitahu, anggota polis kemudian menemaninya di dalam LRT sebelum menghantarnya pulang dengan selamat.

Pemilik video itu turut mengucapkan terima kasih kepada anggota polis bantuan tersebut yang membantunya ketika berdepan situasi kecemasan seperti ini.

Dalam pada itu, ramai pengguna media sosial meninggalkan komen dan pandangan berhubung kejadian malang itu.

“Tak kisah siapa atau dari mana kita datang, ini dianggap gangguan seksual. (Warga) Bangladesh tu sepatutnya dipenjara. Saya tak boleh bayang macam mana kalau benda terjadi kepada perempuan,” komen @Iamraf.

“Tolong dekatkan diri dengan orang ramai kalau benda ini terjadi. Harap orang sekeliling sedar kalau ada yang kena gangguan seksual ini,” cadang @Putriila.

“Lelaki pun sudah tidak selamat sekarang. Semoga abang dan sesiapa yang baca ini dipelihara dari benda tidak baik oleh Allah,” komen @izzaturzbr. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI