fbpx

Gadis hubungi teman lelaki 100 kali sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xiaoyu ingin tahu keberadaan teman lelakinya dan mahu mesejnya dibalas pada setiap masa. - GAMBAR HIASAN

BEIJING – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di China disahkan menghidap penyakit dikenali sebagai ‘otak cinta’ selepas menghubungi teman lelakinya lebih daripada 100 kali sehari, lapor portal berita South Morning China Post kelmarin.

Gadis dikenali sebagai Xiaoyu itu berasal dari wilayah Sichuan, barat daya China. Dia dikatakan  terlalu taksub dengan teman lelakinya sehingga menyebabkan kesihatan mentalnya terjejas.

Tindakan Xiaoyu juga membuatkan hidup teman lelakinya sengsara.

Menurut seorang doktor daripada Hospital Rakyat Keempat Chengdu, Du Na, tingkah laku Xiaoyu yang membimbangkan itu bermula pada tahun pertamanya di universiti.

Xiaoyu dan teman lelakinya menjalinkan hubungan yang rapat, namun mereka kemudian menjadi renggang kerana gadis itu terlalu bergantung dan memerlukan teman lelakinya setiap  masa.

Selain meminta teman lelakinya untuk sentiasa memberitahu keberadaannya, Xiaoyu juga mahu mesejnya dibalas setiap masa pada kadar segera.  

Pada satu hari, dia menghubungi teman lelakinya lebih 100 kali, namun panggilan itu tidak dijawab. Oleh kerana itu, dia berasa marah dan membaling  objek dalam rumah. 

“Bukankah dia seorang yang terlampau mengawal? (hidup teman lelakinya),” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI