fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik hampir di seluruh negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataanya memberitahu, hujan hanya berlaku melibatkan kawasan perairan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan barat negeri Johor.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak, hujan dijangkakan hanya melibatkan Miri dan Kapit pagi ini.

“Walau bagaimanapun, keadaan cuaca lembab berpotensi berlaku melibatkan bahagian pantai barat Semenanjung dan di sekitar pedalaman negeri Pahang pada petang ini,” katanya.

Tambahnya, cuaca hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan barat negeri Johor.

“Cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di Sandakan dan pedalaman Sabah serta keseluruhan negeri Sarawak pada petang ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI