JAKARTA – Seorang bakal pengantin perempuan di Kuningan, wilayah Jawa Barat, mendapat hantaran berupa perabot seperti almari di samping sebuah motosikal, lapor portal berita Banjarmasin Post hari ini.
Hantaran itu dibawa menggunakan trak yang diikuti kenderaan rombongan pengantin lelaki sepanjang hampir 1 kilometer.
Rombongan meminang itu turut membawa tilam dan meja hias.
Mereka juga membawa barangan keperluan wanita seperti pakaian, beg tangan, kosmetik hinggalah kepada produk perawatan tubuh.
Video hantaran itu menerima pelbagai komen dengan ada netizen mempersoalkan sama ada wang yang digunakan untuk membeli barangan hantaran sebenarnya milik wanita tersebut. – AGENSI