fbpx

Selangor FC lupakan khidmat Mukhairi, Azim Al Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nidzam Jamil (dua dari kanan) berharap pasukan tidak pandang rendah keupayaan kelab DPMM FC pada aksi pramusim malam ini. - Foto ihsan Selangor FC

PASUKAN Selangor FC sedikit tempang apabila dua pemain skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, Mukhairi Ajmal dan Azim Al Amin mungkin disisihkan pada aksi pramusim Piala Cabaran Asia menentang kelab Brunei, DPMM FC hari ini.

Jurulatih skuad Gergasi Merah, Mohd. Nidzam Jamil berkata, semua pemain  B-23 yang mewakili skuad muda Harimau Malaya sudah pun melaporkan diri ke pusat latihan semalam.

Menurut Nidzam, hanya Mukhairi dan Azim yang dijangka tidak dapat sertai skuad utama, tetapi barisan kejurulatihan masih lagi menunggu laporan daripada pegawai perubatan.

“Kita sudah mendapat kembali semua pemain yang mewakili skuad B-23 dan mereka melaporkan diri hari ini (semalam). Namun, saya tidak bercadang untuk menggunakan khidmat mereka pada kejohanan pramusim kali ini.

“Situasi ini disebabkan mereka sudah lebih 50 hari bersama skuad kebangsaaan dan saya mahu beri mereka rehat untuk beberapa hari. 

“Semua pemain kembali dalam keadaan terbaik, tetapi saya dimaklumkan hanya Mukhairi dan Azim yang ada sedikit kecederaan tetapi saya masih belum dapat pengesahan rasmi.

“Mengenai pemain utama lain, penjaga gol, Samuel Sommerville turut mengalami kecederaan dan penyerang import, Ronnie Fernandez juga belum cergas sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Nidzam menyeru pasukan berwaspada kerana DPMM FC boleh memberikan cabaran yang hebat buat pasukan dalam usaha melangkah ke pentas final pada kejohanan empat penjuru itu.

“Pasukan DPMM FC agak misteri kerana mereka memiliki jurulatih baharu dan kali terakhir mereka bermain secara kompetitif dalam pada saingan Liga Singapura sebulan lepas,” katanya. 

Saingan Piala Cabaran Asia turut disertai pasukan Singapura, Balestier Khalsa FC yang akan menentang kelab Laos, Young Elephants FC hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI