fbpx

Piala Asia B-23: Indonesia selangkah ke Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong dijulang oleh barisan pemain Indonesia selepas tamat perlawanan pagi tadi. - Foto AFC

DOHA – Indonesia mempamerkan semangat juang tinggi apabila menewaskan gergasi Asia, Korea Selatan 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke pentas separuh akhir Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) 2024 di Qatar awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan gagal dipisahkan selepas terikat 2-2 selepas bertarung lebih 120 minit dengan dua gol Sang Garuda dijaringkan oleh Rafael Struick, manakala Korea Selatan mendapat jaringan menerusi gol sendiri Komang Teguh serta Jeong Sang-bin.

Pengendali skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong mengakui puas dapat membantu anak-anak buahnya berada dalam kelompok empat terbaik Asia sekali gus selangkah sahaja lagi sebelum layak ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti.

“Ini adalah perasaan yang membanggakan meskipun saya terpaksa menyingkirkan negara kelahiran dan tanah air sendiri. Namun, satu pasukan perlu menang dan saya harus berikan yang terbaik buat Indonesia.

“Secara jujur, tiada rahsia spesifik tentang kejayaan kami ketika ini, sebaliknya saya hanya membantu menaikkan semangat pemain agar lebih yakin dengan kemampunan mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir menganggap kemaraan tersebut adalah detik bersejarah buat negara dalam usaha bermain di pentas Olimpik buat kali pertama sejak 1956.

“Syukur kepada Tuhan kerana kita layak ke separuh akhir. Peluang untuk ke temasya Sukan Olimpik kini terbuka luas dan saya bangga dengan prestasi pasukan,” katanya.

Tiga negara terbaik Piala Asia B-23 akan beraksi secara automatik di pentas Olimpik, manakala pasukan No.4 perlu bermain di perlawanan playoff bertemu wakil benua Afrika, Guinea pada Jun nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI