fbpx

Penghulu redah sungai arus deras demi nikahkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghulu kampung sanggup menyeberangi sungai yang deras demi menjadi tok kadi untuk akad nikah sepasang pengantin, selepas jambatan di kawasan itu musnah akibat banjir. - DOK.PRIBADI

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang penghulu kampung sanggup menyeberangi sungai berarus deras demi menjadi jurunikah untuk upacara akad nikah sepasang pengantin, lapor portal berita Okezone semalam. 

Kejadian berlaku di Sungai Regogo Kampung Gondoruso, Lumajang, wilayah Jawa Timur.

Penghulu kampung dikenali sebagai Ali Komarifan itu terpaksa menyeberangi sungai berkenaan selepas jambatan di kawasan tersebut musnah akibat banjir. 

Bagaimanapun, lelaki yang berpakaian rapi itu kelihatan tidak gentar biarpun ketinggian air mencapai paras paha orang dewasa.

Dia juga dibantu oleh dua warga tempatan sambil membawa beberapa dokumen perkahwinan, manakala keluarga pengantin lelaki menunggu ketibaannya di tebing sungai. 

Tindakan penghulu kampung itu mendapat banyak pujian dan komen positif daripada orang ramai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI