fbpx

‘Nasib baik kepala anak saya tidak pecah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA mengalami kecederaan selepas terjatuh akibat diragut seorang penunggang motosikal di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang baru-baru ini.

KLANG – Seorang gadis yang cedera selepas menjadi mang­sa ragut di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, masih dihantuai trauma sehingga takut untuk ke tempat kerja seorang diri.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya itu juga meminta untuk dihantar ke tempat kerja bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Katanya, ia merupakan keja­dian ragut pertama yang dialami anak ketiga daripada empat beradik itu sepanjang lebih setahun menunggang motosikal ke tempat kerja.

“Dia masih lagi risau dan trauma. Ketika ini, saya atau anak yang lain akan menghantar dan mengambilnya dari tempat kerja.

“Semasa dapat tahu kejadian tersebut menerusi video tular, memang menggeletar badan saya lebih-lebih lagi selepas lihat anak terjatuh di atas jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Katanya lagi, dia bagaimanapun bersyukur apabila tiada kenderaan lain yang berada di belakang anaknya semasa kejadian.

“Memang geram lihat anak ditarik begitu sehingga jatuh. Saya cukup risau kepalanya pecah atau cedera parah,” ujarnya.

Tambah beliau, dia juga berharap peragut yang telah dijatuhi hukuman itu akan-akan benar-benar insaf atas perbuatan yang dilakukannya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan ke atas Muhammad Syafi’ei Hasan, 24, atas kesalahan
meragut seorang gadis sehingga mangsa mengalami kecederaan parah minggu lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI