fbpx

MotoGP: Pramac mahu khidmat Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berpeluang untuk menggunakan jentera spesifikasi terbaharu musim depan sekiranya bersetuju untuk menyertai Pramac. - AFP

TUSCANY, Itali – Pasukan Pramac Racing merancang untuk menandatangani pelumba Gresini, Marc Marquez pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Marquez yang membuat keputusan meninggalkan pasukan Honda dan menyertai Gresini Racing dengan kontrak semusim sahaja dan mengakui dia terbuka untuk membincangkan mengenai masa depannya musim depan.

Aksi cemerlang Marquez selepas berada di podium dengan berada di kedudukan kedua perlumbaan Sprints mengejutkan ramai pihak biarpun pelumba berusia 31 tahun itu hanya baru kali pertama menunggang jentera buatan Itali tersebut.

Jika benar Marquez menyertai pasukan Pramac musim depan, kemungkinan pasukan berpangkalan di Tuscany, Itali itu akan menawarkan jentera spesifikasi terkini buatnya.

“Hari ini mereka cuba untuk mendapatkan Marquez dan dia bersedia untuk menyertai Pramac jika pasukan itu menawarkan kontrak kepadanya,” kata dalam satu laporan di Itali.

Apa yang pasti, Gresini tidak dapat berjanji untuk menyediakan jentera kilang buat Marquez pada tahun depan.

Ketika ini, Jorge Martin dan Franco Morbidelli membentuk gandingan yang mantap bersama pasukan Pramac, tetapi kontrak kedua-dua pelumba terbabit akan berakhir pada hujung tahun ini.

Martin dijangka meninggalkan Pramac dan dijangka ditawarkan tempat menyertai pasukan utama Ducati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI