fbpx

Kuala Lumpur, Selangor diramal hujan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka dilanda hujan malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), antara kawasan terlibat adalah negeri di utara Semenanjung, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

Jelas MetMalaysia, hujan berkenaan dijangka berlanjutan sehingga lewat malam dan boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.

“Hujan dijangka berlanjutan sehingga lewat malam bagi utara Semenanjung, manakala bagi kawasan Pantai Barat bermula dari Selangor hingga ke Johor dijangka berlaku dalam tempoh masa singkat sahaja.

“Sebahagian kawasan di Sarawak dan Sabah dijangka mengalami cuaca baik, namun hujan berpotensi berlaku di kawasan perairan dan pedalaman Sarawak,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI