fbpx

Ibu cemas kepala bayi tersepit pintu jeriji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KULIM – Seorang bayi lelaki berusia setahun terpaksa menanggung kesakitan selama hampir sejam apabila kepalanya tersepit pada celah pintu jeriji rumahnya di Sungai Karangan dalam kejadian pukul 4.30 petang di sini hari ini.

Menurut bapanya, Mohd Shahrul Azwan Mohd Nor, 32, ketika kejadian dia berada di tempat kerja di kawasan Padang Meha sebelum isterinya,Suhaila  Yahya, 31, menghubunginya memaklumkan kejadian itu.

“Ketika sampai saya melihat kepala anak saya masih berada di celah jeriji. Isteri memangku anak sedang menangis, sementara bapa mertua serta beberapa jiran cuba mengeluarkan kepalanya yang tersangkut, tetapi gagal,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shahrul Azwan berkata, anak lelakinya itu sudah boleh berjalan dan sering berdiri di pintu jeriji sambil melihat luar rumah, namun isterinya tidak pasti bagaimana kepala anaknya itu boleh tersangkut pada celah pintu jeriji.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota bomba merenggangkan jeriji tersebut mengunakan peralatan khas. Bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat kira-kira pukul 5.25 petang,” katanya. – kOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI