fbpx

Gadis berusia 19 tahun lari dari rumah waktu subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Saga dengan nombor pendaftaran SU 8020 J yang dibawa oleh Nur Hairani untuk melarikan diri.

PONTIAN – Gara-gara enggan menyambung pelajaran, menyebabkan seorang gadis berusia 19 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Telok Kerang, di sini, pukul 5.00 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, Nur Hairani Husna Chairil Yazid, bekas pelajar Kolej Komuniti Johor Bahru turut membawa kereta Proton Saga berwarna ungu milik bapanya.

Nur Hairani.

Bagaimanapun katanya, Nur Hairani tidak mempunyai lesen memandu namun dipercayai telah mengajak rakannya untuk membawa kereta bernombor pendaftaran SU 8020 J tersebut.

“Nur Hairani dipercayai menuju ke Johor Bahru atau Gelang Patah, iaitu tempat tinggalnya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bapanya sendiri, Chairil Yazid Mohamad telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Permas pada pukul 1.45 tengahari, semalam.

Menurut beliau, mengikut laporan polis yang diterima, Nur Hairani berketinggian 145 sentimeter, berat 75 kilogram, berambut panjang melepasi bahu, berbadan gempal, hidung mancung, berkulit coklat dan bermata hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Shahibul Hamdi di talian 018-2714199 atau 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI