fbpx

Bibik Thalia mabuk cinta, jaga anak sampai hancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thalia mendedahkan pembantu rumah yang dianggap seperti darah daging sendiri berlaku khianat terhadap dirinya.

PETALING JAYA – Usahawan dan pelakon, Datin Thalia Baiduri terkilan apabila pembantu rumah atau bibik yang dilayan seperti keluarga sendiri bertindak mengabaikan anak bongsunya.

Lebih membuatkannya kesal apabila wanita yang dipanggil Bibik Elly itu turut mendoakan mereka sekeluarga cepat mati hanya kerana ditegur agar mengubah sikap.

“Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia baik di depan saya, bahkan tidak pernah tinggal solat Dhuha, namun semuanya terbongkar sebaik membaca mesejnya mengutuk kami.

“Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas kami terima mesej dikirimkan kepada kekasihnya yang memaki hamun kami termasuk mendoakan saya dan keluarga mampus.

“Sebelum itu dia melayan anak bongsu saya dengan teruk apabila membiarkan anak kecil berusia dua tahun hancing dan bermain dengan air tandas,” katanya menerusi perkongsian dalam TikTok.

Pendedahan tersebut dibuat dalam siaran langsung sehingga meraih pelbagai respons netizen yang rata-rata mahu mengetahui tindakan selanjutnya.

Pelakon filem Penanggal itu berkata, selepas kelakuan tersebut terbongkar, segala kebenaran mengenai Bibik Elly didedahkan pula dua lagi pembantu rumah terutama kekasaran terhadap putera bongsunya.

“Sebelum ini saya hairan anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka tapi apabila ditanya dia, siap bersumpah dengan nama Allah jaga anak dengan baik.

“Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tetapi pembantu lain tidak berani bersuara kerana dia lebih lama berkhidmat.

“Saya memang tidak pernah syak apa-apa sebab bila dia sebut Allah saya fikir takkan dia tergamak bermain dengan nama Allah,” ujarnya.

Wanita tersebut juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara dari Indonesia yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.

Begitupun, Thalia masih boleh menahan sabar pembantu rumahnya berusia lewat 40-an itu mengabaikan tugas harian kerana mabuk asmara, namun berang anaknya diperlakukan dengan buruk.

“Saya difahamkan dia bercinta dengan juruterbang dan habis duit pada lelaki itu. Saya enggan masuk campur, cuma bila sampai tugas terabai dan anak jadi mangsa memang saya tidak boleh diam.

“Paling biadab apabila kita panggil bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaf yang keluar dari mulut,” katanya.

Susulan itu, suaminya, Datuk Shahriza Amir yang trauma berhadapan situasi tersebut menamatkan perkhidmatannya serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI