fbpx

Anak MB, empat yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Fadhly (kiri) berjalan keluar dari Kompleks Bangunan Persekutuan bersama anak guamnya, hari ini.

KANGAR – Lima lelaki termasuk anak Menteri Besar (MB) yang ditahan berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut peguam Mohd. Fadhly Yaakob, mereka berlima yang disambung reman semalam dilepas secara berperingkat sejak pukul 11 pagi tadi.

“Semalam seorang anak guam saya telah dilepaskan, manakala hari ini lima lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Jadi semua yang ditahan sejak tiga hari lalu dilepaskan. Sekiranya ada keperluan mereka akan dipanggil semula untuk memberi keterangan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Pejabat SPRM Perlis, di sini hari ini.

Mohd. Fadhly memberitahu, sejak hari pertama penahanan, beliau menegaskan, tiada keperluan kesemua anak guamnya direman kerana mereka akan memberikan kerjasama.

Sebelum itu, Kosmo! Online melaporkan anak Menteri Besar bersama seorang pegawai kanan kerajaan dan empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI