fbpx

2 atlet remaja negara tempah slot Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NG Tak Sing meraih pingat buat Malaysia di Kejohanan Olahraga Asia B-20 menerusi acara lompat kijang.

KUALA LUMPUR – Dua atlet remaja negara menampilkan aksi terbaik mereka di Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 tahun (B-20) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas berjaya menempah slot ke Kejohanan Remaja Dunia di Lima, Peru yang berlangsung pada Ogos nanti.

Pelari muda negara, Pengiran Aidil Auf Hajam terlebih dahulu mengesahkan tempat lebih awal ke Peru apabila tampil cemerlang dalam acara 200 meter (m) di Dubai dengan mencatat masa terbaiknya 21.33 saat (s) sekali gus melepasi kelayakan ditetapkan Olahraga Dunia (World Athletics).

PELARI muda negara, Pengiran Aidil Auf Hajam mengesahkan tempat ke Peru apabila tampil cemerlang dalam acara 200 meter (m) di Dubai.

Aidil melakukan catatan terbaik tersebut pada aksi separuh akhir sekali gus melepasi had kelayakan 21.35s yang ditetapkan Olahraga Dunia dan lebih manis dia juga turut memadam catatan masa peribadi terbaik 200m 21.36s sewaktu di Terbuka Singapura tahun lalu.

“Saya sangat bersyukur kerana dia capai sasaran catat masa peribadi terbaik 21.33s seterusnya melepasi kelayakan pada Kejohanan Remaja Dunia di Lima, Peru.

“Saya sangat berharap Aidil masih boleh lakukan catatan peribadi terbaik lagi pada aksi final nanti,” kata jurulatihnya, Jumain Taepe ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Aidil ketika ini dalam persiapan untuk turun memburu podium pada aksi final 200m kira-kira pukul 11.40 malam ini waktu Malaysia.

Sementara itu, atlet lompat kijang negara, Ng Tak Sing paling mencuri tumpuan apabila berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Dubai selepas melakukan 15.62m sekali gus akan bersama-sama Aidil ke Peru.

Tak Sing berjaya apabila melepasi had kelayakan 15.50m yang ditetapkan Olahraga Dunia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI