fbpx

Tragedi helikopter TLDM: KPT umum bantuan, tajaan pendidikan buat waris mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut semalam.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan beberapa insentif, sumbangan dan juga bantuan pembiayaian pendidikan kepada waris anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalam TLDM Lumut, Perak pada Isnin lalu.

KPT dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama agensi-agensi di bawah kementerian itu.

“Antara agensi terlibat adalah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Education Malaysia Global Services (EMGS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Holdings.

“KPT akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 setiap seorang (keseluruhan 21 orang anak mangsa korban yang masih bersekolah),” katanya.

Kementerian itu juga mengumumkan pembiayaian secara penuh yuran pengajian untuk anak Allahyarham Pegawai Waran II TMK Mohd. Shahrizan Mohd Termizi, Nurul Shahfiqah yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Selain itu, KPT turut menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada setiap 10 keluarga mangsa yang terlibat.

“Dalam masa sama, KPT bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada waris mangsa terutama dalam aspek pendidikan tinggi negara. Semoga seluruh ahli keluarga tabah serta sabar menghadapi dugaan dan ujian ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI