fbpx

Tragedi helikopter TLDM: 2 pesawat telah dipindah dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laporan akhir dua helikopter TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April lalu dijangka siap sepenuhnya pada 29 Mei ini.

LUMUT – Badan dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, kelmarin, telah dipindahkan dari tempat kejadian hari ini.

Kedua-duanya iaitu Helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 dan Fennec M502-6 dibawa ke satu lokasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Sumber TLDM memberitahu dua badan helikopter dan serpihannya itu dikekalkan berada dalam pangkalan tersebut bagi memudahkan siasatan lanjut terhadap kejadian yang mengorbankan 10 kru itu dijalankan.

Jelasnya, pasukan penyiasat yang ditubuhkan TLDM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan di lokasi kejadian sejak hari pertama nahas berlaku sehingga kini.

Menurutnya, proses siasatan terhadap nahas tersebut akan mengambil tempoh yang agak lama kerana perlu diteliti daripada pelbagai sudut dan keadaan.

“Justeru, pasukan penyiasat terlibat mahu kedua-dua badan pesawat kekal berada dalam pangkalan untuk memudahkan pemeriksaan.

“Ia kerana apabila hasil siasatan diperolehi, kemungkinan akan berlaku semak silang (cross check) dapatan siasatan tersebut selain akan ada simulasi-simulasi yang perlu dijalankan terhadap pesawat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan, kerja-kerja membawa dua badan pesawat itu dan serpihannya bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi dan selesai lebih kurang pukul 4.30 petang.

Katanya, ia dimulai dengan mengeluarkan serpihan pesawat Fennec di kawasan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut sebelum melakukan kerja-kerja pemindahan bangkai pesawat HOM di Stadium TLDM Lumut.

Beliau menerangkan, kerja-kerja mengalihkan kedua-dua badan pesawat itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI