fbpx

Terengganu lulus usul tolak Akta Laut Wilayah 2012

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU – Terengganu mengikut jejak Kelantan dan Sabah menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang menghadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Usul dikemukakan Nurkhuzaini Ab Rahman (Pas-Kota Putera) diluluskan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd. Nor Hamzah.

Ia disokong sebulat suara oleh semua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu terdiri wakil rakyat Pas dan Bersatu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, usul menolak Akta Laut Wilayah 2012 tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan hak royalti minyak kepada negeri tersebut.

“Ia tanda solidariti semua wakil rakyat (Terengganu) terhadap isu royalti (minyak) yang menekan kerajaan negeri ketika ini.

“Kerajaan Persekutuan boleh mengambil sikap berdiam diri dan tidak buat apa-apa seperti berlaku di Kelantan namun usul ini menunjukkan kita tidak puas hati,” katanya ketika ditemui selepas Sidang DUN Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri Terengganu akan meneliti tindakan seterusnya berikutan kelulusan usul terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI