fbpx

Scudetto pertama Inzaghi penuh makna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER kembali menjulang gelaran Serie A selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2020/21 lalu. - INTER

MILAN – Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi memberikan penghargaan kepada Lazio ketika meraikan kejayaan pasukannya merangkul gelaran Serie A musim ini selepas menewaskan seteru setempat, AC Milan 2-1 kelmarin.

Inzaghi, 48, menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai pemain bersama Lazio sehingga bersara dan memilih tugas sebagai jurulatih pasukan bawah umur Lazio sebelum dilantik pengendali skuad senior pada April 2016 selepas Stefano Pioli dipecat.

Beliau menikmati lima kejuaraan sepanjang mengemudi Lazio, namun pada 2021 terpaksa membuat keputusan menerima tawaran daripada Inter selepas Antonio Conte meninggalkan San Siro.

Kelmarin menyaksikan pengendali yang berasal dari Piacenza itu berjaya menjulang Inter dengan cara yang cukup istimewa apabila menewaskan Milan pada derbi Della Madonnina, namun Inzaghi tidak lupa mengenai jasa Lazio yang memberikannya peluang.

“Saya sentiasa bersyukur dan menghargai jasa Lazio, presiden kelab, Lolito dan pengarah sukan, Tare yang memberikan peluang kepada saya untuk memulakan karier sebagai jurulatih.

“Di Lazio, kami berjaya melakukannya dengan baik untuk tempoh beberapa tahun. Saya masih ingat ketika musim tertangguh akibat Covid-19 dan kami sedang mendahului liga. Saya tidak tahu sama ada ketika itu kami mampu menang, tetapi pasukan berada pada tahap terbaik.

“Lazio mahu saya terus kekal dan teruskan kerjasama di kelab itu. Hati kecil saya bersuara mengarahkan saya untuk kekal dan menolak tawaran Inter, namun ada satu lagi suara meminta saya meninggalkan kelab itu dan menerima tawaran baharu,” katanya.

Inzaghi melengkapkan trofi keenamnya bersama Nerazzurri dengan meraih gelaran Scudetto pertama selepas merangkul dua gelaran Piala Itali serta tiga trofi Piala Super Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI