fbpx

Peruntukan Pembangkang: Beri tumpuan pembangunan, pemulihan, kesejahteraan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah.

PUTRAJAYA – Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang memberi tumpuan kepada persefahaman pembangunan negara, pemulihan ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, perkara berkenaan sedang dirangka dan ia akan diserahkan kepada pihak pembangkang.

“Sekarang ini tengah merangka MoU, apabila sudah siap nanti, kita akan beri kepada pembangkang dan untuk mereka menilai sama ada kita perlu lagi perbincangan selepas itu.

“Kalau mereka bersetuju, tak bersetuju, apa yang tak dipersetujui sebagainya, kita akan beri perkembangan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Satria, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI