fbpx

Pergolakan PKR Sabah: Saya hormat kebijaksanaan Anwar – Mustapha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan DSS 2024, di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO

KUALA LUMPUR – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud, Datuk Mustapha Sakmud akan menghormati segala keputusan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu di Sabah.

Katanya, fokus utama yang perlu diberi perhatian sekarang adalah bagaimana mahu memantapkan jentera parti untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) negeri itu tahun hadapan.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mana-mana pimpinan yang mengharapkan saya untuk menjadi MPN PKR Sabah. Apa pun itu pandangan mereka.

“Kita akan menghormati kebijaksanaan presiden untuk memilih pimpinan yang terbaik untuk mengetuai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Defense, Security and Sustainability (DSS) 2024, di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, terdapat dakwaan majoriti pemimpin-pemimpin PKR Sabah mahu Mustapha menggantikan Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN parti negeri itu pada pertemuan dengan Anwar.

Namun, keputusan kemelut pemimpin itu akan diputuskan dalam masa terdekat dengan jangkaan Sangkar Rasam bakal digantikan pemimpin baharu.

Sementara itu, Mustapha menambah, fokus utama parti adalah untuk memantapkan jentera parti dan bersedia untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita mahu melahirkan pemimpin pelapis-pelapis bagi meneruskan idealogi dan gerakan reformasi supaya dapat dijiwai rakyat Sabah.

“Kita juga mahu melahirkan seramai mungkin pemimpim seperti Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI