fbpx

Lelaki berlindung bawah pokok rambai ketika hujan maut dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang terbaring tidak sedarkan diri selepas dipanah petir di bawah pokok rambai di ladang sawit blok 19 Felda Jengka 14 di Maran semalam.

MARAN – Seorang buruh ladang warga Indonesia maut selepas dipanah petir di ladang sawit blok 19 lot individu Felda Jengka 14 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Kamarudin berumur 40 tahun sedang berlindung di bawah sebatang pokok rambai ketika hujan.

“Berdasarkan temubual dengan rakan sekerja mangsa mengatakan semasa kejadian, dia dan mangsa berehat di bawah pokok rambai kerana hujan sebelum dia
berpindah ke bawah pokok sawit berdekatan kerana masih terkena hujan.

“Tidak lama kemudian rakan mangsa ternampak cahaya dengan bunyi kuat mengenai kepala mangsa yang masih berada di bawah pokok rambai dan
mangsa terbaring tidak sedarkan diri,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zamri polis yang menerima panggilan pada pukul 1.30 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan pemeriksaan luaran ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan lebam atau luka yang boleh dikaitkan dengan perbuatan khianat.

“Pemeriksaan di kawasan persekitaran mendapati terdapat kesan pada pokok rambai dipercayai terkena panahan petir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI