fbpx

Kastam Perak rampas rokok putih, minuman keras dan kereta bernilai RM1.89 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghafar (lima dari kanan) bersama barang rampasan kastam yang dirampas dalam empat serbuan berasingan di tiga negeri baru-baru ini.

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok putih dan minuman keras serta menyita enam kereta jenis Toyota bernilai RM1.89 juta dalam empat serbuan berasingan baru-baru ini.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, serbuan pertama di Cheras pada 1 April lalu itu membawa kepada rampasan lima buah kereta bernilai RM1.2 juta dan tangkapan seorang lelaki.

Katanya, rampasan kereta Toyota Corolla Sport, Toyota GT86, Toyota Vellfire dan Toyota Alphard itu kerana disyaki telah melanggar syarat gudang berlesen.

“Dua lagi serbuan pada 16 April lalu yang dijalankan di Kulai, Johor masing-masing membawa kepada rampasan minuman keras, rokok putih dan sebuah kereta Toyota Alphard.

“Nilai keseluruhan barang disyaki belum lulus katam termasuk duti dan cukai itu dianggarkan berjumlah RM287,229.60,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, serbuan turut dijalankan di sebuah premis di Puchong Jaya pada 18 April di mana menemukan rokok pelbagai jenama yang juga disyaki merupakan barang belum lulus kastam.

Katanya, nilai rampasan dalam serbuan keempat itu dianggarkan RM480,210.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan tiga pemilik premis bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 138 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI