fbpx

HEART cepatkan tempoh menunggu pembedahan angin pasang, batu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (kiri) dan Mohd. Shukri melawat pameran selepas melancarkan program H.E.A.R.T di Dewan Canselor MSU Shah Alam. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Tempoh menunggu bagi pembedahan angin pasang dan batu karang bagi pesakit hospital kerajaan boleh dipendekkan antara tiga hingga sembilan bulan menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan hospital swasta di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ini dilakukan menerusi program ‘Healthcare Equity for Affordable and Rapid Treatment’ (H.E.A.R.T) terutama dalam memperkasakan akses perkhidmatan kepada golongan M40 dan B40.

Katanya, H.E.A.R.T adalah kerjasama antara Management & Science University (MSU), MSU Medical Centre (MSUMC) dan Yayasan MSU (YM) serta KKM yang telah bermula sejak 18 Mac lalu.

“MSUMC berperanan sebagai hospital kluster dan zon ‘buffer’ kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Shah Alam (HSA) serta Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang dalam menangani kes-kes tertentu kesihatan yang memerlukan pembedahan.

“Di antara perkhidmatan ‘surgical’ percuma yang disediakan termasuklah Inguinal Hernia Repair Procedure dan Laparoscopic Cholecystectomy.

“Selain itu, perkhidmatan kesihatan lain yang disediakan ialah penginapan wad kelas pertama, tempoh menunggu yang lebih singkat serta perlindungan daripada kos-kos pembedahan yang lain,”katanya .

Terdahulu beliau menyempurnakan pelancaran H.E.A.R.T yang turut dihadiri Pengasas MSUMC dan Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid di MSU Seksyen 13 di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly, berdasarkan statistik mendapati sebanyak 16 kes telah dilaksanakan sehingga 23 April lalu menerusi program tersebut.

Beliau menambah, aspek pembiayaan dan kos pembedahan jelasnya lagi,akan melibatkan model pembiayaan oleh Yayasan MSU dan KKM sendiri.

Sementara itu Mohd. Shukri berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 50 kes dapat diselesaikan di bawah program H.E.A.R.T. dalam tahun ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI