SEPANG – Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini dua minggu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini sebentar tadi bagi pertuduhan baharu.
Hafizul Hawari, 38, yang dikawal ketat anggota polis tiba di pekarangan mahkamah dengan trak polis pada pukul 8.13 pagi dengan berpelitup muka dan memakai baju lokap berwarna oren.
Difahahamkan Hafizul berdepan dengan dua pertuduhan.
Semalam di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan Hafizul mengaku tidak salah tujuh pertuduhan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, peluru dan mercun.
Ketujuh-tujuh kesalahan itu dilakukan oleh Hafizul di dalam sebuah kereta jenis Honda Civic di pekarangan Hospital Pakar KPJ Perdana di sini, Kota Bharu pukul 2 petang pada 15 April lalu. – KOSMO! ONLINE