fbpx

Frank tak mungkin tolak Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANK mungkin tidak menolak peluang keemasan melatih kelab besar seperti Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Nama Ruben Amorim, 39, sebelum ini hangat disebut-sebut sebagai sasaran utama Liverpool bagi menggantikan Jurgen Klopp sejak Xabi Alonso menolak untuk berpindah ke Anfield dan kekal semusim lagi bersama Bayer Leverkusen.

Bagaimanapun, senario kali ini mungkin berubah apabila penganalisis sukan Eropah, David Ornstein mendakwa West Ham United telah membuka perbincangan untuk mendapatkan servis Amorim bagi menggantikan pengurus mereka, David Moyes.

Tekanan dari West Ham itu pastinya memberikan tamparan hebat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool, Michael Edwards yang sangat mengagumi Amorim dan dilihat sebagi calon sesuai menggantikan Klopp di Anfield musim depan.

Disebabkan itu, Liverpool kini dikatakan telah mengalihkan perhatian mereka kepada pengurus Brentford, Thomas Frank, 50, dan bersedia untuk meningkatkan usaha mendapatkannya jika mereka gagal menandatangani Amorim.

Terdahulu, jurulatih dari Denmark itu berjaya membimbing Brentford naik pangkat dari Liga Kejuaraan Inggeris dan terus menjadi kunci kepada kejayaan kelab tersebut kekal bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga musim berturut-turut.

Sementara itu, Frank juga berjaya membawa masuk ramai pemain berkualiti seperti Ivan Toney, Bryan Mbeumo, David Raya, Christian Eriksen, Yoane Wissa dan ramai lagi dengan bayaran gaji yang berpatutan.

Sebagai rekod, Frank mempunyai kontrak bersama Brentford sehingga 2027 dan kini gembira mengendalikan pasukan serta terus memberikan tumpuan untuk terus bersaing di EPL musim depan.

Namun, beliau dikatakan mungkin sukar untuk menolak peluang melatih kelab-kelab lebih elit jika dilamar oleh pasukan berpengaruh seperti Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI