fbpx

Everton tamat penantian 4,398 hari benam Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRANTHWAITE membuka tirai jaringan buat Everton ketika menewaskan Liverpool 2-0 di Goodison Park awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Hasrat Everton untuk melakar kemenangan ke atas musuh setempat, Liverpool dalam semua kejohanan di laman sendiri, Goodison Park akhirnya berjaya direalisasikan apabila menang 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Dua gol daripada Jarrad Branthwaite dan Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-27 serta 58 menamatkan penantian 14 tahun The Toffees bersamaan 4,398 hari sejak kali terakhir menewaskan Liverpool di Goodison Park pada 17 Oktober 2010.

Kekalahan itu menyaksikan peluang The Reds untuk memburu kejuaraan EPL musim ini seakan terjejas apabila ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Arsenal selepas kedua-dua pasukan mengharungi 34 perlawanan.

Menariknya, ketika kali terakhir Liverpool tumbang di Goodison Park, pengurus Arsenal iaitu Mikel Arteta masih menyarung jersi Everton dan turut menjaringkan salah satu daripada dua gol kelab berkenaan ketika menang 2-0 ketika itu.

Satu lagi gol Everton ketika itu dijaringkan oleh legenda Australia, Tim Cahill. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI